Penolong Pendaftar Mah­kamah Majistret Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim membenarkan lelaki tersebut direman bermula hari ini sehingga 14 Janua­ri ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 38 tahun tersebut ditahan di JKM daerah pada pukul 3 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati individu itu telah disyaki menyeleweng wang bantuan ber­jumlah RM15,000 yang sepatutnya diserahkan kepada penerima bagi tujuan membaiki rumah dan pembekalan mesin jahit antara 2015 hingga 2017,” katanya.

Ujar sumber itu, lelaki ber­kenaan akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihu­bungi mengesahkan penaha­nan tersebut, namun tidak mengulas lanjut.