Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya telah merakam percakapan lelaki yang merupakan eksekutif operasi dan acara kepada Firdaus pada Jumaat lalu.

“Keterangannya diambil kerana laporan pertama daripada pihak Firdaus telah dibuat oleh lelaki itu.

“Kita juga akan merakam percakapan dua pemilik Facebook, ‘Arunakiri Nathan’ dan ‘Pandian Sam’ serta Firdaus sendiri bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

14 April lalu, Firdaus membuat dua laporan di Pondok Polis Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini terhadap pemilik Facebook, ‘Arunakiri Nathan’ kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan hasutan sehingga mendorong seorang lelaki dikenali sebagai ‘Pandian Sam’ memberi komen berunsur ugutan bunuh terhada