Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Tarmizi Nik Mohd. Shukri di Mahkamah Sesyen/Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang memakai baju T putih diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dan dilihat keluar kira-kira sejam kemudian.

Suspek berusia 56 tahun itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12.40 tengah hari semalam.

Suspek dikatakan menggunakan jawatannya untuk menawarkan projek kepada sekutunya yang berjumlah RM266,349.18.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE