Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang dengan mengesyorkan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan alat ganti walkie-talkie membabitkan jumlah RM8,100 pada tahun 2016.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. [email protected]

Pegawai berusia 35 tahun itu yang ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 8.25 malam semalam disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - UTUSAN ONLINE