Perbuatan yang dilakukan sejak awal tahun ini itu akhirnya terbongkar apabila lelaki tersebut berusia 22 tahun, diberkas polis pada 21 September lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Abdul Samad Othman, polis percaya telah menyelesaikan lima kes pecah rumah di daerah ini dan Kubang Pasu, Kedah.

“Suspek menjalankan jenayah ini seorang diri untuk menyara kehidupan isteri dan seorang anaknya.

“Suspek memecah masuk rumah-rumah yang senang dimasuki dan menyasarkan barangan kemas untuk dijual di kedai pajak gadai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, polis merampas sejumlah barangan curi termasuk wang tunai, telefon bimbit, barangan kemas yang kesemuanya berjumlah RM9,500.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - UTUSAN ONLINE