Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggota polis yang melibatkan seorang berpangkat Koperal dan tiga lagi Lans Koperal itu ditahan kira-kira pukul 4 petang kelmarin di pekarangan Ibu pejabat Polis (IPD) Kuantan.

Katanya, penahanan kesemua suspek berusia antara 25 hingga tahun itu dibuat selepas mendapat maklumat berhubung kes berkenaan yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook.

“Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya keempat-empat suspek.

“Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE