SPRM dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut dinyatakan Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika menerima kunjungan hormat Latheefa di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Abdul Hamid turut mengucapkan tahniah dan yakin dengan kewibawaan Latheefa menerajui SPRM dan menyokong penuh usaha-usaha suruhanjaya itu dalam memerangi jenayah rasuah.

“Latheefa juga berterima kasih kepada PDRM kerana menyokong usaha SPRM dan mengharapkan kerjasama penuh pasukan tersebut dalam pelbagai aspek terutamanya penugasan dan pengurusan kes,” katanya.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Mansor.-UTUSAN ONLINE