Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemberian habuan bagaimanapun bergantung kepada keadaan.

"Kalau bagi habuan sekalipun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya.

"Kalau ada keperluan, kita akan mempertimbangkannya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Jho Low amat dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Turut dikehendaki bapanya, Tan Sri (Harry) Low Hock Peng.

Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 24 Ogos tahun lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap dua beranak itu dan ia membolehkan PDRM memohon kerjasama INTERPOL untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan mereka.

Dalam pada itu,Mohamad Fuzi menjelaskan pihaknya tidak mempunyai halangan dan menyambut baik sekiranya terdapat mana-mana pihak mahu memberi ganjaran hingga tertangkapnya Jho Low.

"Saya rasa usaha mengesan jho low bukan dilakukan oleh pihak polis sahaja malah berbagai usaha dilakukan (pihak lain).

"Bila ada insentif, ada orang akan tampil (bagi maklumat) bagi mempercepatkan tangkapannya. Matlamat kita dapatkan Jho low," katanya. - UTUSAN ONLINE