Asmawati Ahmad
Asmawati Ahmad 

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mesej yang dibuat atas namanya itu adalah palsu dan pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan mesej tersebut dengan menokok tambah gambar-gambar bagi mensesasikan lagi berita palsu tersebut.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa mesej tular itu adalah tidak benar dan telah diulang siar beberapa kali sejak tahun 2014 lagi bagi tujuan membangkitkan kegusaran dan

ketakutan tanpa asas dalam kalangan orang ramai.

“Kita tidak pernah menerima sebarang maklumat sahih atau laporan polis berkaitan kejadian penculikan untuk tujuan penjualan organ di negara ini. Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dibuat melalui saluran serta format rasmi dan bukannya menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asmawati turut menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan berita-berita sensasi yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Sebarang tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita tersebut hanya akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat. Orang awam sepatutnya menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan kepastian dan elakkan diri daripada menjadi sebahagian kepada punca tularnya berita-berita palsu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE