Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, lelaki tersebut ialah R. Saravanan yang memegang kad pengenalan 820602-14-5213.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali penama berkenaan diminta menghubungi Superintenden Kamisah Aris di talian 03-26101143 atau 016-2156290 serta boleh juga emel kepada [email protected]

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Siti Mashita Aridin di talian 03-26101149 atau 018-3666591 serta emel [email protected] dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE