Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, patung `Sleeping Buddha’ yang bernilai kira-kira RM10,000 tersebut dipercayai dilarikan sepasang suspek Cina.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kehilangan patung setinggi kira-kira 0.4 meter yang diletakkan di ruang sembahyang itu disedari petugas di bangunan tersebut sebelum membuat laporan polis.


“Pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudiannya mendapati patung itu dilarikan seorang wanita dan lelaki kaum Cina yang memasukkannya ke dalam sebuah beg.


“Mereka kemudiannya beredar dari bangunan itu menaiki kereta Perodua Myvi berwarna ungu dan polis kini sedang giat mengesan suspek berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE