Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd. Adli Abd. Samad itu, pihaknya terpaksa memecahkan pintu masuk utama kilang tersebut selepas tidak mendapat kerjasama.

“Kita kemudian memeriksa sebanyak 13 orang pekerja sebelum menahan sembilan individu yang terdiri daripada lima wanita warga Indonesia, dan masing-masing dua lelaki warga Bangladesh dan India.

“Hasil siasatan mendapati, bagi setiap ‘kad kebal’ mereka dikenakan bayaran sebanyak RM2,600,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mustafar, seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan di kilang tersebut turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat Imigresen untuk memberikan keterangan.

Ujarnya, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE

NAIMAH MOHD.