Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiga pegawai SPRM mengunjungi ketiga-tiga syarikat pemaju dan perundingan tersebut pada pukul 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pasukan penyiasat telah pergi ke tiga syarikat itu bagi mendapatkan maklumat dan dokumen berkaitan pembelian sebuah hotel.

Akhbar melaporkan pasukan penyiasat SPRM kini sedang menilai maklumat-maklumat yang di­terima berhubung pembeli­an­ hotel tersebut yang dipercayai dibeli FIC dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Hasil maklumat awal me­nunjukkan pembelian hotel ter­sebut telah mengakibatkan ke­rugian bernilai ratusan jutaan ringgit kepada FIC. - UTUSAN ONLINE