Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, anggota Paskal berkenaan yang bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak difahamkan sedang bercuti ketika insiden berlaku.

“Pihak TLDM sedang menyalurkan bantuan kepada waris Allahyarham di dalam pengurusan jenazah serta akan menguruskan bantuan yang sewajarnya berdasarkan kelayakan anggota.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan setiap anggota ,” katanya di sini hari ini.

Mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, yang cedera di perut, muka dan kedua-dua belah tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong.

Allahyarham dikatakan menggunakan bom tersebut untuk memukat ikan bersama abang, adik dan adik iparnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - UTUSAN ONLINE