Mereka bersama dua rakan dipercayai memecah masuk sebuah butik pengantin di Lorong Seri Merbau 1 dekat Sungai Dua Julai lalu dan melarikan pakaian pengantin yang dianggarkan bernilai RM16,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata,  pihaknya menerima panggilan daripada pemilik butik itu yang memaklumkan butinya dalam keadaan berselerak serta terdapat kesan kopek pada pintu butik lebih kurang pukul 12.30 tengah hari 8 Julai lalu.

 "Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari semalam, sepasukan polis yang menjalankan Op Pintu berjaya menahan empat individu terbabit di tiga lokasi berasingan serta merampas pakaian pengantin yang dipercayai dicuri.

 "Hasil ujian air kencing ke atas mereka yang berusia antara 20 hingga 39 tahun mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis menthamphetamine dan kesemua mereka memiliki rekod jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE