Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, bayi tersebut merupakan anak kepada wanita berusia 21 tahun itu hasil hubungan dengan lelaki lain.

“Pada mulanya, suspek lelaki membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayinya didera selepas dimasukkan ke hospital kerana muntah-muntah selain terdapat kesan darah pada lampin.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian perut, belakang, telinga dan kepala mangsa, dan terdapat juga pendarahan pada bahagian kemaluan mangsa bagaimanapun tiada koyakan pada selaput dara mangsa dan tiada kecederaan pada bahagian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pasangan tersebut ditahan reman sehingga Rabu untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - UTUSAN ONLINE