Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah termasuk putus separuh jari tangan kanan dipercayai akibat dilibas dengan pedang oleh penyerang bertopeng itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mustafa Bidin berkata, mangsa diserang tiga lelaki bertopeng yang secara tiba-tiba menuju ke arah mejanya malah mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri turut dikejar suspek.

"Salah seorang daripada suspek yang bersenjatakan sebilah pedang terus melibas senjata tersebut pada bahagian badan mangsa.

"Mangsa kemudiannya melarikan diri sehingga kira-kira 45 meter dari restoran ini sebelum dia berhenti di hadapan sebuah restoran lain lalu turut dikejar suspek sehingga ke situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE