MOHD. FADZLI
MOHD. FADZLI

Aksi yang di­rakamkan dari su­dut belakang papan tanda itu kini tersebar di laman media sosial sehingga mengundang reaksi masyarakat yang menyifatkan mereka sebagai berani tidak bertempat dan mendedahkan diri dengan risiko.

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali berkata, pihaknya memandang serius perbuatan itu memandangkan papan tanda berkenaan merupakan kawasan larangan.

“Kita tidak sangka perkara ini boleh berlaku apatah pada masa musim banjir ini yang menyaksikan air sungai melimpah dan mengalir deras yang boleh me­ngundang bahaya.

“Papan tanda berkenaan juga bu­kannya dibina untuk dipanjat selain terdapat sambu­ngan wayar elek­trik. Sudah tentu aktiviti itu tidak selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Mohd. Fadzli, papan tanda berke­naan diselia pihak berkuasa tempatan dan aktiviti memanjat papan tanda itu adalah dilarang.

Beliau berkata, pihaknya juga telah bertemu pemimpin masyarakat di kawasan itu untuk turut memantau aktiviti sedemikian dan me­minta polis membuat rondaan berkala.