Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri.

"Dia telah dibebaskan tetapi ditahan semula di Selangor pada hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad juga mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri dilakukan di Sepang, Selangor.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan polis telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo selepas memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. - UTUSAN ONLINE