Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penangkapan dilakukan pada pukul 1 petang tadi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini.

“Setakat ini kita menerima empat laporan polis dan kesemua kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk kes penangkapan Papa Gomo,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat untuk memecahkan perpaduan rakyat dalam negara.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo selepas memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. - UTUSAN ONLINE