“Perkara itu dikesan berlaku dan polis kini sedang membuat pemantauan berhubung perkara itu supaya tiada mana-mana pihak yang terlibat mengamalkan perbuatan menambah bahan terlarang dalam minuman pengunjung kelab.

“Mereka ini ada cara berbuat demikian, sebagai contoh, kalau nak minum minuman biasa mungkin harganya RM10 tapi kalau ada yang nak minum minuman yang ada tambahan (yang ditambah dadah) kena bayar mahal sikit,” katanya selepas menyempurnakan perasmian ulang tahun pertama Everyday Sports Sdn. Bhd. di Taman Anggerik di sini sebentar tadi.

Nur Jazlan memberitahu, beliau pernah mengikuti serbuan bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sebuah kelab malam yang menawarkan perkhidmatan seumpama itu pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE