Ketua Pegawai AADK daerah, Azlina Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam penghuni rumah berkenaan pada mulanya enggan membuka pintu apabila diketuk penguatkuasa untuk pemeriksaan.

Menurutnya, beberapa minit kemudian lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dengan memanjat pokok dan naik ke atas bumbung untuk meloloskan diri dari ditangkap.

“Anggota AADK yang turut memanjat pokok itu akhirnya berjaya membawanya turun ke bawah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah Methampethamine yang dipercayai menagih pil kuda,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azlina berkata, Operasi Cegah yang dijalankan bermula pukul 9.30 malam hingga 1 pagi itu berjaya menahan empat lelaki berusia 19 sehingga 50 tahun yang disahkan positif pil kuda.

“Mereka yang terbabit direman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pemulihan Dadah 1983 di Pusat Tahan Reman AADK Pasir Mas, selama 14 hari bermula hari ini.

“Dalam usaha mengekang kes penagihan dadah AADK sentiasa bersedia menerima sebarang maklumat awam untuk tindakan segera,” katanya. - UTUSAN ONLINE