Tertuduh, El Fa Ilin, 38, dituduh memberi rasuah wang tunai kepada Lans Koperal Sokongan, Mohd. Zulkhairi Mat Zin iaitu anggota Unit Rondaan Bermotosikal yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 7 April lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.10 pagi di tepi jalan berhampiran Pusat Latihan Memandu di Sungai Soi di sini.

Rasuah itu sebagai dorongan kepada Mohd. Zulkhairi untuk melakukan sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh kerana tidak memiliki lesen memandu dan pas lawatan tamat tempoh.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama.

Pendakwaan di depan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat. - UTUSAN ONLINE