Kedua-dua lelaki yang berusia 33 tahun itu diberkas sepasukan polis pada pukul 11.40 malam selepas tindak-tanduk suspek yang berlatih menembak menimbulkan curiga orang awam dan seterusnya memaklumkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kedua-dua lelaki itu didapati telah melakukan latihan tembakan menggunakan peluru biji manik hampir 40 minit terhadap botol-botol minuman yang disusun pada jarak 30 meter.

“Sebaik polis tiba, kita mendapati suspek sedang menyimpan senjata di dalam bonet kereta Chevrolet Cruze dan bakul motosikal jenis Yamaha 135 LC milik kedua-duanya.

“Hasil pemeriksaan, kita merampas selaras raifal automatik jenama HK 416, dua pucuk pistol masing-masing jenis Glock 32 dan 18 tiruan, dua unit klip teropong serta seunit laser,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Baharudin lagi, hasil siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau terlibat dalam aktiviti keganasan sebaliknya hanya memiliki senjata tiruan tersebut disebabkan minat terhadap sukan lasak.

“Mereka kini direman selama empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” katanya. -UTUSAN ONLINE