Menurut sumber, suspek tersebut berusia kira-kira 30 tahun disedari berada dalam keadaan mencurigakan oleh pemilik motosikal berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

“Pemilik motosikal itu kemudian bertindak menghubungi rakan-rakannya untuk membantu menangkap suspek.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap malah dibelasah hingga menyebabkannya cedera di bahagian muka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, suspek telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE