Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek dilihat cuba mencuri sebuah bot namun penduduk kampung segera memaklumkan perkara itu kepada pemiliknya.

Suspek berusia 18 tahun itu kemudian berjaya ditangkap pemilik dengan bantuan penduduk dan diikat pada sebatang pokok sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.

“Suspek berusia 18 tahun direman selama empat hari bermula hari ini hingga 10 Disember,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE