Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun tersebut didapati telah menceroboh masuk ke tapak pembinaan pada pukul 8 pagi.

"Bagaimanapun, perbuatannya disedari pekerja tapak pembinaan yang kemudian bertindak menangkapnya.

"Selepas ditangkap pekerja binaan telah bertindak mengikatnya pada tiang elektrik bagi mengelak dia melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE