Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, rampasan itu melibatkan dadah jenis heroin 'base' seberat 1.1 kilogram (kg); heroin (31.3 kg); syabu (3.1 kg) dan serbuk kafein (86.3 kg).

"Selain dadah, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang menjalankan serbuan itu turut menyita wang tunai berjumlah RM37,000 dan wang dalam akaun sebanyak RM42,900, sebuah motosikal dan sebuah kereta (masing-masing bernilai RM4,000 dan RM25,000) dengan nilai keseluruhan harta yang disita berjumlah RM108,900," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Thaiveegan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan kedua-dua suspek kini direman bermula dari tarikh mereka ditangkap hingga Isnin depan. -UTUSAN ONLINE