Ops Selamat 12: Polis Pulau Pinang tumpu 20 lokasi ‘hotspot’ Artikel Penuh: http://www.utusan.com.m
Datuk A. Thaiveegan

Ketuanya, Datuk A. Thaiveegan berkata, antara lokasi tersebut ialah di sepanjang laluan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di Sungai Dua serta beberapa kawasan di sebelah pulau termasuk Teluk kumbar dan Balik Pulau.

“Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kelajuan. Jadi, sentiasa patuhi had laju dan had muatan kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Selamat ke-12 peringkat negeri di Plaza Tol Juru arah utara, hari ini.

Operasi yang bermula sejak Jumaat lalu itu akan berakhir seminggu selepas perayaan tersebut iaitu pada 23 Februari depan. -UTUSAN ONLINE