Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, serbuan menerusi Op Noda pada pukul 9.30 malam itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri.

"Mereka yang ditahan termasuklah seorang lelaki penjaga kedai serta seorang lelaki dan 67 perempuan warga Vietnam.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 57 tahun," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Suspek ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya berada di Malaysia melebihi masa ditetapkan dan memiliki dokumen perjalanan palsu.

Tambah Shahurinain, kesemua suspek diserahkan kepada pihak Imigresen Johor Bahru untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE