Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, rampasan itu dibuat hasil 514 serbuan yang dijalankan antara 2015 hingga tahun lalu.

“Sepanjang serbuan itu, kita turut menahan seramai 988 individu dan 307 daripada mereka telah dituduh di mahkamah.

“Pada masa sama, kita juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM151,041 yang dipercayai hasil daripada kegiatan perjudian itu,” katanya kepada pemberita pada majlis pelupusan barangan tersebut di Batu Uban di sini. - UTUSAN ONLINE