Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sebanyak 29 serbuan membabitkan 26 loteri haram dilakukan yang membawa kepada tangkapan 31 individu bermula 30 Oktober lalu hingga semalam.

Katanya, serbuan itu dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah.

“Individu ditahan merupakan 24 lelaki manakala tujuh perempuan berusia17 hingga 57 tahun termasuk dua warga asing.

“Menerusi 26 serbuan loteri haram itu, polis telah menangkap 28 individu dan merampas wang tunai RM7,951 serta peralatan perjudian,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata, tiga lagi serbuan membabitkan kaunter yang menawarkan khidmat isian semula judi siber di Mukah, Limbang dan Lawas yang membawa kepada tangkapan tiga lelaki dan rampasan enam telefon bimbit.

“Wang tunai sebanyak RM22,165 turut dirampas dalam serbuan di Mukah.

“Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Infografik:

Serbuan-serbuan dijalankan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah:

1) JSJ IPK - 5 ( Kuching dan Padawan)

2) Kuching - 4

3) Padawan - 3

4) Sibu - 3

5) Miri - 4

6) Bintulu - 3

7) Sarikei - 1

8) Serian - 1

9) Kota Samarahan - 1

10) Mukah - 1

11) Marudi - 1

12) Betong- 1

13) Limbang- 1