Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi tersebut merupaka usaha pihaknya dalam mengurangkan kadar jenayah tersebut khususnya di kawasan pusat beli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Apa yang dapat kita lihat kawasan ini (Dang Wangi) mencatatkan 60 peratus jumlah kegiatan tersebut yang mensasarkan orang ramai dan juga pelancong luar negara.

"Kita pandang serius jenayah ragut ini memandangkan seramai 135 lelaki telah ditahan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober lalu," katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Program Kepolisan Berprofil Tinggi di sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE