Ketua JSJ Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, serbuan tersebut dijalankan Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Bau, Limbang, Lubok Antu, Maradong, Serian, Sarikei, Kapit, Mukah, Saratok, Sri Aman, Tatau, Lawas, Dalat dan Belaga.

“Seramai enam orang ditahan melibatkan judi dalam talian, loteri haran (53 orang) dan pertaruhan bola sepak (12 orang).

“Sebanyak 10 telefon bimbit dan tablet dirampas bersama wang tunai RM23,041 dan slip pertaruhan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mereka ditahan terdiri daripada 44 lelaki dan 27 wanita berusia antara 19 hingga 52 tahun.

“Kesemua mereka ditahan disiasat mengikut Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE