Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Operasi Amaliah Istisyadiah untuk anggota IS mati syahid

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kumpulan militan Negara Islam (IS) dikesan memulakan satu operasi syahid dikenali sebagai Amaliah Istisyadiah yang membolehkan anggotanya menjadi pengebom berani mati seterusnya dianggap mati syahid.

Ini berikutan penguasaan dan pengaruh tentera Bashar al-Assad serta pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikesan semakin kuat di Syria sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu juga memaksa ramai anggota pasukan pemberontak mula mencari jalan pintas untuk mendapat syahid dan janji syurga seperti yang dilaungkan oleh pemimpin IS.

Malah keadaan itu juga menarik puluhan rakyat negara yang berada di negara bergolak itu untuk menyertai ‘program’ Amaliah Istisyadiah sekali gus terlibat dalam serangan berani mati.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, risikan pihaknya mendapati rakyat Malaysia di Syria lebih berminat untuk menjadi pengebom berani mati kerana terpengaruh dengan dakyah mati syahid.

“Mereka beranggapan jika bertempur, tidak mestinya cedera dan jika cedera parah hanya mendatangkan kesulitan kepada pihak lain.

“Akhirnya mereka menyertai operasi Amaliah Istisyadiah yang dijalankan IS dengan harapan anggota-anggota mereka terutamanya rakyat luar negara mati syahid ketika membuat serangan berani mati dan dijanjikan syurga,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan menyatakan, untuk menyertai Amaliah Istisyadiah, tiada kriteria atau kelayakan yang diperlukan namun mereka harus menunggu giliran.

“Mereka tidak boleh masuk dan terus menjadi pengebom berani mati kerana terdapat senarai pengebom berani mati yang harus didahulukan.

“Setiap serangan juga mempunyai perancangan rapi yang perlu dilakukan supaya impak yang diterima ketika serangan dilakukan adalah besar,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain