Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, rampasan tersebut dibuat pasukan daripada Unit Rondaan Marin (URM) terdiri lima pegawai dan anggota pada pukul 10.45 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan kita menemukan 30 batang kayu balak dianggarkan bernilai RM6,500 yang telah ditebang dan dipotong.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada cop sah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada balak yang ditebang dan ia dipercayai diperoleh secara haram,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada pekerja berada di lokasi pembalakan itu ketika serbuan dilakukan.

“Laporan polis berhubung rampasan kayu balak itu telah dibuat dan kes diserah kepada pihak JHS Daerah Bintulu bagi siasatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE