Syarikat tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan mereka tidak memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk mengupah ‘samseng’ dan memulakan rusuhan di kuil tersebut.

“Kakitangan di tapak diarah memberi sokongan logistik dan membantu penempatan semula secara teratur di bawah pemantauan polis. Ia terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kejadian itu,” kata kenyataan itu seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Kenyataan tersebut susulan pendedahan siasatan polis oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar hari ini yang mendapati peguam kepada syarikat pemaju hartanah itu menyerahkan RM150,000 kepada ketua sekumpulan lelaki untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil. - UTUSAN ONLINE