Jiran yang mengajarnya ber­kata, mangsa juga dapat me­nerima dengan mudah setiap perkara yang diajar kepadanya menyebabkan dia beralih dari satu surah ke surah lain dengan pantas.

“Dia seorang anak yang baik dan periang, namun pada malam kejadian saya dapati dia menjadi pendiam dan termenung.

“Sebelum balik dia ada bersalam dengan saya memohon untuk pulang,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di Taman Vista Jaya, Lukut dekat sini, hari ini.

Semalam, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Se­remban selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarga itu malam kelmarin.

Berdasarkan keputusan be­dah siasat oleh hospital ter­sebut, mangsa mengalami ke­cederaan parah pada organ da­laman seperti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul de­ngan objek tumpul.

Menurutnya, mangsa belajar mengaji dengannya sejak dua tahun lalu bersama abangnya yang berusia 11 tahun.