ANUAR OMAR
ANUAR OMAR

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan d rumahnya di Sungai Batu Teluk Kumbar, Bayan Lepas, kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.


“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku melakukan perbuatan itu ke atas wanita berusia 26 tahun berkenaan dan dia juga dilaporkan positif dadah jenis methamphetamine.


“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.