Pemangku Pengarah Maritim Malaysia negeri, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) Ibu Pejabat sebelum mengarahkan Bot Maritim Malaysia ke lokasi 103 kilometer daripada Kuala Tok Bali, dekat sini.

Menurutnya, nelayan asing terbabit bertindak cuba melarikan diri apabila melihat bot peronda Maritim Malaysia namun berjaya ditahan pada pukul 12.28 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat nelayan berusia di antara 27 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Anggota Maritim Malaysia turut menemui tangguk besi yang digunakan untuk menangkap gamat yang mana penggunaannya dilarang kerana boleh merosakkan batu karang dan kawasan pembiakan ikan,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Ismail berkata, nilai rampasan termasuk bot, hasil tangkapan gamat dan peralatan menangguk dianggarkan berharga RM65,000.

PERALATAN menangguk gamat ditemui bersama nelayan asing Vietnam di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
PERALATAN menangguk gamat ditemui bersama nelayan asing Vietnam di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. 

“Bot, tekong dan nelayan di bawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan di Tok Bali awal pagi ini untuk siasatan lanju.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM1 juta bagi pemilik dan tekong, manakala tidak melebihi RM 100,000 bagi awak-awak atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan” katanya.

Tambah beliau, Maritim Malaysia akan sentiasa memastikan perairan negara dalam keadaan selamat dan terkawal.-UTUSAN ONLINE