Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakak mangsa kira-kira pukul 3 pagi.

“Menurut kakak lelaki berusia 21 tahun tersebut, sekumpulan 10 lelaki datang ke rumah mereka dengan menaiki dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Waja sebelum memukul adiknya.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri berdekatan Sungai Way, Petaling Jaya kira-kira pukul 6 pagi tadi dan kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala serta badan berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 365/326 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE