Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan tersebut dibuat selepas polis mendapat keputusan bedah siasat dan laporan bomba.

“Susulan laporan yang diterima, kes yang disiasat sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Nazrin dipercayai meninggal dunia akibat lemas berpunca asap selain melecur 30 peratus pada bahagian badan akibat kebakaran. - UTUSAN ONLINE