Difahamkan, Ahli Parlimen pekan itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd


Menurut sumber, waran tangkap bekas pemimpin itu telah dikeluarkan namun enggan mengulas lanjut bila penahanan itu akan dilakukan.


“Ya, Najib mungkin ditahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, usaha menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mengenai perkara itu gagal.


Khabar angin mengatakan Najib akan ditahan hari ini oleh SPRM untuk siasatan kes sebelum ini.


Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, dalam satu kenyataan mengesahkan membuat tangkapan terhadap Najib kira-kira pukul 3 petang berkaitan SRC International Sdn. Bhd.


Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjay SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.-UTUSAN ONLINE