Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, penularan berita kehilangan kanak-kanak itu pada Selasa lalu mengatakan suspek memandu kereta berwarna hitam dan menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka.

“Hasil siasatan pihak polis, kira-kira pukul 8.36 malam pada Selasa lalu, seorang anggota daripada Cawangan Pengangkutan kem berkenaan telah membuat satu laporan polis menafikan anaknya diculik.

“Pengadu tidak tahu siapa yang menyebarkan berita berkenaan dan bertindak membuat laporan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Abdul Razak berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai penularan khabar angin atau berita palsu tersebut dan tindakan di bawah Seksyen 233(3) Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 boleh diambil kepada sesiapa sahaja yang membuat atau menyebarkan berita palsu. - UTUSAN ONLINE