Pengerusi MyCare, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata,  Dr. Fadi adalah  sebaliknya adalah seorang pakar sumber tenaga baharu.dakwaan yang menyatakan beliau merupakan anggota pergerakan Hamas juga adalah tidak benar.

“Dr. Fadi adalah pencinta keamanan dan mempunyai kepakaran dalam bidang sumber tenaga yang diperbaharui,” katanya dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Ibu pejabat MyCare di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pemeganh Amanah MyCare, Dr.Fauziah Mohd.Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anuar.

Mengulas lanjut Dr. Hafidzi menjelaskan, Fadi memang menjadi sasaran tentera zionis berikutan sebanyak 18 ahli keluarga di bunuh di Gaza.

Sehubungan itu, MyCare berharap pihak berkuasa di negara ini dapat menjejaki penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. - UTUSAN ONLINE