Menurut sumber, beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembia­yaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) kira-kira pukul 8.30 pagi di mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

”Muhammad Shafee ditahan di sekitar ibu negara awal pagi tadi dan kini berada di pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi memberi keterangan.

“Pendakwaan dilakukan berhubung aliran wang tunai yang masuk ke dalam akaun peguam tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB),” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE