Ini ekoran dakwaan Muhammad Shafee bahawa wujudnya hubungan tidak harmoni antara bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu dengan dirinya sejak dahulu lagi yang tidak memihak kepadanya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Muhammad Shafee kepada Hakim Azura Alwi ketika Mahkamah Sesyen di sini memberikan peluang kepadanya untuk mengatakan sesuatu.

Menurut Muhammad Shafee, ekoran daripada situasi tidak harmoni antara Muhammad Shafee dengan Sri Ram yang mengetuai barisan pendakwaan, tertuduh itu melahirkan kebimbangannya untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Tertuduh itu juga mendakwa, sebelum ditangkap pagi ini, Muhammad Shafee bertemu dengan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE