Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima maklumat terperinci daripada Interpol mengenai Jho Low.

“Kita amat yakin Interpol bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol.

“Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE