Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu selepas S. Renggeswaran, 23, mengaku bersalah atas per-tuduhan.

Dia didakwa memiliki sebilah parang panjang berhulu biru di tempat awam tanpa kebenaran yang sah di sisi un-dang-undang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas kira-kira pukul 7.30 mal-am, 14 Mac lalu di Jalan Persiaran Taman Equine Park dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Ka-kisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang menperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan telah menahan tertuduh yang kelihatan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebilah parang panjang telah disembunyikan di dalam jaket baju di bahagian belakang tertuduh. - UTUSAN ONLINE