Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihak polis akan meneliti mesej tersebut, namun tidak menolak kemungkinan mesej tersebut palsu dan tidak benar sama sekali.

“Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti.

“Jika pihak yang menyebarkan mesej itu mengetahui sesuatu mengenai wang palsu berkenaan mereka diminta tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menangani masalah ini segera,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Menurut Luthfi Ismail, bagaimanapun pihaknya bersama Bank Negara akan sentiasa melakukan pemantauan dan meminta orang ramai memberi kerjasama memaklumkan aktiviti tersebut jika ada serta melaporkannya di balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE